Monday, November 19, 2018

ENDOSCOPY: MASUK KAMERA DALAM PERUT (BAHAGIAN II)

Maka tibalah hari untuk buat endoskopi. Doktor dah pesan sebaiknya dua minggu sebelum prosedur, jangan ambik ubat (Pantoprazole) sebab takut mengganggu result. So dua minggu sebelum tarikh scope kakchah stop segala pengambilan supplement dan ubat.

Tapi ada sekali dua serangan gastrik dalam tempoh dua minggu tu yang buat kakchah tak tahan sangat. Terpaksa makan Panto. Masa tu ada jarak 6 atau 7 hari dari scope. Nak buat macam mana, terpaksa makan ubat sebab tak tahan sakit.

Okay, masa hari scope tu, kena puasa mula pukul 12 malam. Pagi terus daftar dekat Kemasukan Wad (prosedur mungkin berbeza ikut hospital). Lepas daftar, terus naik ke Tingkat 1, Day Care Unit. Staff nurse akan ambik butiran iaitu nama dan nombor telefon waris, menu pilihan selepas prosedur (bubur nasi atau macaroni) dan bacaan tekanan darah diambil.

Selesai proses ambil detail, staff nurse bagi baju wad untuk tukar. Kita perlu tanggalkan semua pakaian kecuali seluar dalam. Ya, baju dalam pun kena tanggalkan. Tapi baju wad tu gedabak. Inshaa Allah selesa je.

Di Hospital Putrajaya, ruang menunggu untuk scope berupa kerusi sofa yang empuk. Selepas prosedur, pesakit yang minta ubat tidur akan ditolak keluar dari bilik prosedur dengan katil, so masa tu barulah dapat katil.

Jangan risau, sofa tu memang empuk dan selesa walau kena menunggu 2 jam. Sebab kakchah sendiri tertidur 2-3 kali. Kahkahkah. 

Masa menunggu tu, ada MO akan attend untuk brief tentang prosedur. MO akan terangkan kesan dan peratus terjadinya kesan tersebut. Semua prosedur ada kesan ya kawan-kawan. Tak kira awak buat prosedur di hospital kerajaan atau swasta.

Masa briefing tu MO terangkan masa mula-mula nak masukkan kamera tak boleh diberi ubat tidur sebab peranan pesakit diperlukan untuk `menelan` kamera ittew. Seram tak? Hakak seram masa dengar tu dikkk. Hahahaha. Kemudian, kalau kita kata nak ubat tidur, akan ada HO akan insert line. Siapa yang tak suka kena cucuk, tak payahlah request ubat tidur. 

Bila masuk bilik prosedur, kakchah terus diminta baring atas katil. Ehh cuak! Kemudian Surgeon (ya, prosedur di Hospital Putrajaya dijalankan oleh Surgeon) buat intriduction agitahu yang dia nak buat scoping. Semuanya sangat pantas. Kau tak sempat nak teragak-agak eh eh kejap doktor. gittew!

Kakchah diminta untuk bering mengiring, gigit penahan mulut dan tiba-tiba tiub dimasukkan. Time mengiring tu terus mata nampak tiub yang dia nak masukkan. Terus cepat-cepat kalih mata. Tak boleh tengok, nanti cuak jadi menebal sangat. 

inilah rupa tiub kamera scope 

Dalam masa yang sama, ubat tidur dalam proses dimasukkan "saya masukkan ubat tidur, kalau mengantuk, tidur je ye" suppp terasa air masuk lalu line tu. Ada rasa mamai, ada rasa macam nak lelap, tapi haku tak tidur langsung! Hanginnya! Hahahaha.

Entah apa je dia orang buat, dah selesai. Kakchah sedar ada bunyi macam tak selesa dari tekak dan perut tapi tak pasti apa. Bacaan dari blog sebelum-sebelum ni dia orang kata tak selesa, nak termuntah, terseksa. For me it was just okay pulak. Pelik dunia ini kan?

Keluar dari bilik prosedur ditolak atas katil, diberi makanan dan minuman. Dia orang akan pastikan kita makan baru proceed untuk discaj. Sebab takut ada problem dekat tekak ke luka ke apa kan. Masa ni haku nyesal pilih makaroni. Nak makan takut! Hahaha.

But alhamdulillah I manage to eat the macaroni habis! Lapar woih dah puasa lebih 12 jam. Feeling puasa dekat Europe pulak hah. 

So overall scope ni tak menakutkan, tak menyakitkan dan okay saja. Kalau ada anda baca kata sakit, itu mungkin bergantung pada hospital kot. Saya pun tak pasti. So sesiapa yang nak buat, jangan takut. You better proceed for the procedure. 


Sementara tu jangan lupa untuk jaga diet. Makan dengan betul. Makan makanan berkhasiat. Kurangkan makanan berminyak, berlemak, pedas dan kurangkan kafein. Mana-mana makanan yang anda dinasihatkan untuk elak sebab faktor `angin`, bagus juga untuk dielakkan.

Saya doakan urusan scoping anda dipermudahkan okay!  

Monday, November 12, 2018

ENDOSCOPY: MASUK KAMERA DALAM PERUT (BAHAGIAN I)

Bismillahirahmanirrahim. Lama betul tak menulis dekat sini. Kali ni susah payah kembali letak jari atas keyboard sebab nak share kisah menarik untuk kau orang baca (feeling ramai pembaca gittew!)

Kakchah dah disahkan gastrik ni lama sangat. Sejak darjah 5 ke 6 macam tu. It was 20 years ago. Fuh, tak sangka akan sebut pengalaman berpuluh tahun. Kekeke.

Okay, masa disahkan gastrik tu puncanya sebab kakchah seorang budak yang gemar makan merepek. Emak kakchah kerja. So setiap kali balik sekolah sesi pagi, kakchah akan transit dekat rumah Atuk sebelum bersiap untuk pergi sekolah petang (sekolah agama). 

In between nak ke sekolah agama tu, kakchah pilih untuk lelap instead of makan tengah hari. Jenuh jugak Atuk panggil makan makan makan, ehhh tidur jugak yang ku pilih. Lepas tu dah pukul 1.30 petang macam tu, terus kalut bangun dan bersiap pergi sekolah agama. Tanpa makan!

Dekat sekolah agama ada kedai runcit. Kakchah akan beli mee siput atau bihun goreng 20 sen dalam plastik atau keropok lekor atau pisang goreng sambal kicap bersama air sarsi bungkus plastik 20 sen. Bagi budak-budak, kenyang sangat makan tu. Siap pulak tapau jajan maruku ikan 2 bungkus untuk makan dalam kelas nanti.

Lepas tu balik sekolah, kalau betul-betul lapar, baru kakchah akan makan. Emak selalu selesaikan makan malam sebelum Maghrib. Tapi si budak ni, balik sekolah dah letihlah konon, kalau rasa lapar tu sikit, maka dia kata dia kenyang tak nak makan. 

Lepas tu, kakchah sejenis sukanya makan menu pedas. Maybe faktor dibesarkan di Johor, memang segalanya wajib pedas. Nasi lemak sambal banjir, nasi lauk asam pedas hirup kuah, nasi dengan sambal tumis pun banjir.

Dengan tabiat makan macam tu, kau rasa perut kakchah akan jadi perut yang baik? Maka bermulalah episod gastrik dalam hidup kakchah. Kalau sakit teruk tengah malam, kakchah akan kejut emak. Emak akan bangun gorengkan telur mata dan akan suruh kakchah makan. Kadang-kadang makan tu buat sakit berkurang. Kadang-kadang pulak makan tu akan buat bertambah sakit. Huhuhu.

Sehinggalah kakchah menginjak usia 30 tahun dua tahun lepas. Serangan gastrik terjadi semakin kerap. Kalau dulu cuma sesekali, masa 30 tahun tu sangat kerap. Sampai berguling jangan cakaplah. Menangis pun selalu.

Actually masa zaman belajar pun kakchah ada serangan gastrik yang major, yang sampai kawan-kawan tolong hantar pergi hospital. Pernah jugak RS hantar ke Hospital Klang tengah malam sampai ke Subuh baru balik kolej. Seksa sangat masa tu. Jauh dari emak, sakit tengah malam pulak.

Kemudian bila dah bekerja, pun ada sekali dua sampai kena tahan dekat Emergency untuk water drip sebab gastrik. Masa tu kakchah mula kenal canned food. Baked beans lah, sardin lah, sotong masak kari lah. Duduk bujang, masak benda-benda tu. Perut kakchah pulak sensitif. Haa bergulinglah atas katil hospital.

So berbalik pada serangan kerap masa dah injak 30 tahun tu. Kakchah pergi klinik, doktor kata its time. Hahaha. Masa tu rasa nak mati ke apa doktor cakap its time ni. Hahaha. Rupanya dengan tabiat makan yang tak berubah, pengambilan diet yang tak teratur, gastrik akan sampai pada satu tahap yang kritikal macam kakchah alami tu. 

So doktor mula prescribe Ranitidine dan saran diet yang betul. Bila mula makan Ranitidine rasa sihat, kakchah rasa riak dan tak jaga makan. Sekali lagi gastrik datang lagi. Pergi klinik lagi siap salahkan ubat tak cukup kuat. Kau mampu? Hahaha.

Doktor dekat Klinik Kesihatan refer kakchah ke Klinik Pembedahan Hospital Putrajaya bertujuan untuk buat scope iaitu masuk kamera dalam perut untuk kenal pasti kalau ada bakteria lain yang mengganggu perut kakchah selain gastrik. Tapi mula-mula doktor hospital tukar ubat dulu. dari Ranitidine kakchah makan Pantoprazole.

Sebab seriau nak buat scope, kakchah ikhtiar benda lain untuk kurangkan gastrik. Masa tu kakchah ikhtiar dengan ESP dan Peppermint Ginger Plus. Peppermint tu bagus. Memang berkesan. Alhamdulillah kakchah makan pedas pun dah tak kena gastrik. Tapi bila kena makan 4 biji, kakchah jadik malas nak konsisten. Lagi pulak bila dua tiga kali makan terus tak sakit dah, mulalah kakchah lupa akan asal usu diri ku. Kekekeke.

Dan akhirnya doktor paksa buat scope jugak. Dia tak puas hati. Takut ada benda lain. Okay nanti kakchah buat entri baru untuk proses scoping okay. Tak seram mana pun! 😆😆😆

Tuesday, May 8, 2018

Tinta Kembali

Begitulah! Buat blog lepas tu senyap. Kekekeke.

Kekangan masa lah. Idea tu banyak je. Hujah tu mencurah-curah saja. Semangat? Jangan ditanya!

Ini pun ada sedikit ruangan masa sebab on MC 7 hari. Lama kan? Kan? Kan? Kekeke.

Tapi tengoklah, menulis pun jam 4 pagi. Hehe. Still isu masa jugak haku ni.

Takpe, ini permulaan je (kot). Nanti mungkin lebih baik lagi 😘

Sunday, October 22, 2017

PAC Penolong Pegawai Penerangan S29

Tiga bulan tau saya tunggu nak tulis tentang PAC ni. Sebab nak tunggu result. Dah lulus peperiksaan online, tapi nak tunggu PAC dan result PAC baru nak share. Sebab nak mudahkan korang dapat info.

Yela, orang yang baca ni mesti sebab dia dapat panggilan PAC jawatan ni. dia google dan dapat link ke post ni. kalau cuma share part awal, tak share result, kesian korang.
Prihatin kaaaaaaan saya! Kihkihkih.

Ok, pepeiksaan online tak payah share lah kot kan. sama macam orang lain, jawab soalan objektif. study apa? To be honest saya tak study. Sebab konsep peperiksaan online ni ialah 'open source'. so anda gunakan kepakaran google anda semasa peperiksaan sedang berlangsung. 

Kemudian, calon yang LULUS peperiksaan online akan dijemput ke Peperiksaan Assessment Centre (PAC). PAC ni berlangsung selama sebulan, mula dengan Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Utara dan lain-lain zon yang ada lah!

Okay, PAC saya berlangsung di Sekolah Putrajaya Presint 5. hari sabtu, so tak ada pelajar sekolah lah. sekolah lengang. program bermula pukul 8 pagi dengan pendaftaran.

Kami dikumpulkan dalam dewan sekolah. bila urusetia dah buka kaunter, semua calon beratur untuk pendaftaran. masa pendaftaran kena bagi kad pengenalan. urusetia akan semak dalam sistem. kemudian, calon dapat nombor badan (tag) dan tajuk pengucapan awam dan public speaking.. lepas tu, terus ke ruang sebelah belakang dewan untuk sesi fotografi banduan. hahahaha

saya kata sesi fotografi banduan sebab, kena pakai tag nombor badan, diri 5 orang dalam jarak sedepa macam tu. sebijik macam banduan ambik gambar. hahahaha, kenangan betul-lah!

ok, lepas sesi bergambar habis semua calon, kami dibahagikan mengikut kelas. saya tak ingat ada berapa kelas semuanya. tapi setiap kelas antara 10-12 calon. pembahagian adalah mengikut nombor pendaftaran. 

kat sini saya rasa ada masalah gender competition! sebab dewan tu terbahagi pada dua tempat duduk, kiri dan kanan. obviously semua calon lelaki duduk one side dan calon perempuan on the other side. faham tak apa jadi? majoriti kelas adalah terdiri daripada semua lelaki atau semua perempuan. persaingan sesama jantina lah kami.

okay, sampai di kelas, panel untuk sesi pertama dah ada. sesi atau tugasan pertama ialah perbincangan dalam kumpulan. calon akan diberi satu tajuk dan kena bentang depan panel.

melangkah masuk je kelas, saya terus greet panel "Assalamualaikum tuan". panel angkat muka, jawab salam dan senyum.

masuk je mata saya dah tengok pada papan putih dalam kelas tu. ada tulis "AES Menyumbang Kepada Kadar Kemalangan"

terus saya syak itu lah tajuk group discussion kami. haaa ligat laa kepala otak cari fakta. ya, even panel pun sebut "pemberian hujah berdasarkan fakta sangat membantu".

yang bestnya tentang panel bilik group saya tu, dia sangat sempoi. habis briefing, dia kata tak perlu berbincang ke apa, terus mula masa tu jugak. mula-mula macam krik krik jugak ni. hish takkan tak nak bagi masa.

"saya nak awak buat macam sembang dengan kawan-kawan je. tapi cerita tentang AES. saya gelak dalam hati sambil kata 'hah ye lah panel, memang aku bergossip pasal AES dengan kawan-kawan'. hahahaha.

so, kami pun mula lah dengan awkward nya bergossip tentang AES dalam bulatan tu. Alhamdulillah walaupun tak diberi masa untuk berbincang tentang point, semua dari kami berjaya bercakap even ada yang tak banyak sangat cakap. janji hado!

ok, habis tugasan satu. panel bertukar. kami semua masih dalam kelas.

tugasan kedua ialah pengucapan awam. panel seterusnya kedua-duanya dari Kementerian Penerangan. so masa ni kena tunjuk bakat 'menerangkan'. yelah, sebab jawatan Penolong Pegawai Penerangan kan.

Tajuk pengucapan awam saya ialah Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. bagi saya, darjah kesukaran bagi tajuk ni ialah 8.5/10 sebab tajuk ni berdasarkan isu semasa dan fakta. kami diberi masa semasa pendaftaran dan masa nak tunggu panel bertukar untuk siapkan point.

Panel kata dia akan pick random je siapa calon kena ke depan. masa tu saya rasa lain macam. perasaan yang sangat hermmmmm. sehinggalah, sesi pengucapan awam bermula dan panel kata "saya jemput calon pertama Noor Faizah binti Ibrahim". hahahaha I knew it!

jadilah saya orang pertama, dengan tajuk sebegitu. nasib baik muka panel nampak tenang dan menenangkan. so saya pun tenaaaaaaang jek! Alhamdulillah selesai.

Tamat semua calon dalam kumpulan saya tu bentang pengucapan awam masing-masing, kami diberi rehat. makan tengah hari disediakan. dengan lepas rehat tu adalah public speaking, lauk ayam masak kari pun saya rasa senduuuu! hahahaha.

lepas makan, saya masuk kelas balik. pulun siapkan teks untuk public speaking. ya, saya sejenis orang yang kena ada teks. kalau Bahasa Melayu, aci lah sekadar point. Bahasa Inggeris nak point je? memang itu namanya 'menuju ke kegagalan'. hahaha.



sesi public speaking bermula jam 2.00 petang. sewaktu menaip ni saya betul-betul lupa panel tu dari mana. tapi waktu fasilitator perkenalkan panel, memang saya rasa berderau. sebab, panel bukan calang-calang.

Tajuk public speaking saya Effect Of Technology On Society. darjah kesukaran 5/10 sebab ini isu yang selalu disebut-sebut. Alhamdulillah, saya calon ke 6 ke hadapan dan saya dapat present dengan tenang.

saya rasa pembahagian tajuk ni adil. kalau dapat tajuk pengucapan awam yang sukar atau berat, tajuk public speaking akan dapat yang mudah. macam tu jugak sebaliknya. mujur la saya dapat tajuk public speaking yang mudah. lega!

Ok, tips!

Tolong, tolong, tolong pakai pakaian yang bersesuaian mengikut etika pakaian penjawat awam. paling selamat adalah baju kurung. letak tepi skirt ropol, skirt kembang, blaus labuci segala bagai. pakaian korporat pun okay tapi macam saya cakap, paling selamat ialah baju kurung.

ok, tips kedua, walaupun PAC S29 ni indoor programme, awak perlu perlu perlu fit! sebab pengucapan awam dan public speaking perlu suara yang jelas, terang dan bersemangat.

kalau baru pengenalan dah tercungap, macam mana nak jadi Penolong Pegawai Penerangan, kan?

saya memang bersiap sejak dapat exam online. saya jaga makan, banyakkan berjalan kaki dan saya konsisten ambik supplement kegemaran!


Alhamdulillah saya BERJAYA dalam PAC tersebut. Now saya nak prepare sesi temuduga lagi 2 minggu. persediaan temuduga lain pulak. nanti saya share ok!

kepada yang akan menghadiri PAC Penolong Pegawai Penerangan S29, saya harap post saya dapat membantu anda. jangan menyerah kalah kalau tengok calon lain power.

awak pun power, awak tu Power Ranger Pink pulak tu!

Love,
N.Faizah Ibrahim

Wednesday, August 30, 2017

August Baby!

Bismillahirrahmanirrahim...

Lagu Semua Orang Tahu by Rem: 
"semua orang tahu, kita kan bersama
bila sampai waktunya haaaa"

(tarian pusing 360', kembali hadap depan, tangan naik ke atas)

hahahaha. that is the opening ceremony of this book (blog)!

kau ingat Sukan Sea je ade opening ceremony? blog pun ada.

kau orang sokong blog saya ni tau. kesian saya tulis kalau takde yang sudi baca.

kehkehkeh. till next time!

ENDOSCOPY: MASUK KAMERA DALAM PERUT (BAHAGIAN II)

Maka tibalah hari untuk buat endoskopi. Doktor dah pesan sebaiknya dua minggu sebelum prosedur, jangan ambik ubat (Pantoprazole) sebab taku...