Monday, November 12, 2018

ENDOSCOPY: MASUK KAMERA DALAM PERUT (BAHAGIAN I)

Bismillahirahmanirrahim. Lama betul tak menulis dekat sini. Kali ni susah payah kembali letak jari atas keyboard sebab nak share kisah menarik untuk kau orang baca (feeling ramai pembaca gittew!)

Kakchah dah disahkan gastrik ni lama sangat. Sejak darjah 5 ke 6 macam tu. It was 20 years ago. Fuh, tak sangka akan sebut pengalaman berpuluh tahun. Kekeke.

Okay, masa disahkan gastrik tu puncanya sebab kakchah seorang budak yang gemar makan merepek. Emak kakchah kerja. So setiap kali balik sekolah sesi pagi, kakchah akan transit dekat rumah Atuk sebelum bersiap untuk pergi sekolah petang (sekolah agama). 

In between nak ke sekolah agama tu, kakchah pilih untuk lelap instead of makan tengah hari. Jenuh jugak Atuk panggil makan makan makan, ehhh tidur jugak yang ku pilih. Lepas tu dah pukul 1.30 petang macam tu, terus kalut bangun dan bersiap pergi sekolah agama. Tanpa makan!

Dekat sekolah agama ada kedai runcit. Kakchah akan beli mee siput atau bihun goreng 20 sen dalam plastik atau keropok lekor atau pisang goreng sambal kicap bersama air sarsi bungkus plastik 20 sen. Bagi budak-budak, kenyang sangat makan tu. Siap pulak tapau jajan maruku ikan 2 bungkus untuk makan dalam kelas nanti.

Lepas tu balik sekolah, kalau betul-betul lapar, baru kakchah akan makan. Emak selalu selesaikan makan malam sebelum Maghrib. Tapi si budak ni, balik sekolah dah letihlah konon, kalau rasa lapar tu sikit, maka dia kata dia kenyang tak nak makan. 

Lepas tu, kakchah sejenis sukanya makan menu pedas. Maybe faktor dibesarkan di Johor, memang segalanya wajib pedas. Nasi lemak sambal banjir, nasi lauk asam pedas hirup kuah, nasi dengan sambal tumis pun banjir.

Dengan tabiat makan macam tu, kau rasa perut kakchah akan jadi perut yang baik? Maka bermulalah episod gastrik dalam hidup kakchah. Kalau sakit teruk tengah malam, kakchah akan kejut emak. Emak akan bangun gorengkan telur mata dan akan suruh kakchah makan. Kadang-kadang makan tu buat sakit berkurang. Kadang-kadang pulak makan tu akan buat bertambah sakit. Huhuhu.

Sehinggalah kakchah menginjak usia 30 tahun dua tahun lepas. Serangan gastrik terjadi semakin kerap. Kalau dulu cuma sesekali, masa 30 tahun tu sangat kerap. Sampai berguling jangan cakaplah. Menangis pun selalu.

Actually masa zaman belajar pun kakchah ada serangan gastrik yang major, yang sampai kawan-kawan tolong hantar pergi hospital. Pernah jugak RS hantar ke Hospital Klang tengah malam sampai ke Subuh baru balik kolej. Seksa sangat masa tu. Jauh dari emak, sakit tengah malam pulak.

Kemudian bila dah bekerja, pun ada sekali dua sampai kena tahan dekat Emergency untuk water drip sebab gastrik. Masa tu kakchah mula kenal canned food. Baked beans lah, sardin lah, sotong masak kari lah. Duduk bujang, masak benda-benda tu. Perut kakchah pulak sensitif. Haa bergulinglah atas katil hospital.

So berbalik pada serangan kerap masa dah injak 30 tahun tu. Kakchah pergi klinik, doktor kata its time. Hahaha. Masa tu rasa nak mati ke apa doktor cakap its time ni. Hahaha. Rupanya dengan tabiat makan yang tak berubah, pengambilan diet yang tak teratur, gastrik akan sampai pada satu tahap yang kritikal macam kakchah alami tu. 

So doktor mula prescribe Ranitidine dan saran diet yang betul. Bila mula makan Ranitidine rasa sihat, kakchah rasa riak dan tak jaga makan. Sekali lagi gastrik datang lagi. Pergi klinik lagi siap salahkan ubat tak cukup kuat. Kau mampu? Hahaha.

Doktor dekat Klinik Kesihatan refer kakchah ke Klinik Pembedahan Hospital Putrajaya bertujuan untuk buat scope iaitu masuk kamera dalam perut untuk kenal pasti kalau ada bakteria lain yang mengganggu perut kakchah selain gastrik. Tapi mula-mula doktor hospital tukar ubat dulu. dari Ranitidine kakchah makan Pantoprazole.

Sebab seriau nak buat scope, kakchah ikhtiar benda lain untuk kurangkan gastrik. Masa tu kakchah ikhtiar dengan ESP dan Peppermint Ginger Plus. Peppermint tu bagus. Memang berkesan. Alhamdulillah kakchah makan pedas pun dah tak kena gastrik. Tapi bila kena makan 4 biji, kakchah jadik malas nak konsisten. Lagi pulak bila dua tiga kali makan terus tak sakit dah, mulalah kakchah lupa akan asal usu diri ku. Kekekeke.

Dan akhirnya doktor paksa buat scope jugak. Dia tak puas hati. Takut ada benda lain. Okay nanti kakchah buat entri baru untuk proses scoping okay. Tak seram mana pun! 😆😆😆

No comments:

Post a Comment

ENDOSCOPY: MASUK KAMERA DALAM PERUT (BAHAGIAN II)

Maka tibalah hari untuk buat endoskopi. Doktor dah pesan sebaiknya dua minggu sebelum prosedur, jangan ambik ubat (Pantoprazole) sebab taku...