Maka tibalah hari untuk buat endoskopi. Doktor dah pesan sebaiknya dua minggu sebelum prosedur, jangan ambik ubat (Pantoprazole) sebab takut mengganggu result. So dua minggu sebelum tarikh scope kakchah stop segala pengambilan supplement dan ubat.
Tapi ada sekali dua serangan gastrik dalam tempoh dua minggu tu yang buat kakchah tak tahan sangat. Terpaksa makan Panto. Masa tu ada jarak 6 atau 7 hari dari scope. Nak buat macam mana, terpaksa makan ubat sebab tak tahan sakit.
Okay, masa hari scope tu, kena puasa mula pukul 12 malam. Pagi terus daftar dekat Kemasukan Wad (prosedur mungkin berbeza ikut hospital). Lepas daftar, terus naik ke Tingkat 1, Day Care Unit. Staff nurse akan ambik butiran iaitu nama dan nombor telefon waris, menu pilihan selepas prosedur (bubur nasi atau macaroni) dan bacaan tekanan darah diambil.
Selesai proses ambil detail, staff nurse bagi baju wad untuk tukar. Kita perlu tanggalkan semua pakaian kecuali seluar dalam. Ya, baju dalam pun kena tanggalkan. Tapi baju wad tu gedabak. Inshaa Allah selesa je.
Di Hospital Putrajaya, ruang menunggu untuk scope berupa kerusi sofa yang empuk. Selepas prosedur, pesakit yang minta ubat tidur akan ditolak keluar dari bilik prosedur dengan katil, so masa tu barulah dapat katil.
Jangan risau, sofa tu memang empuk dan selesa walau kena menunggu 2 jam. Sebab kakchah sendiri tertidur 2-3 kali. Kahkahkah.
Masa menunggu tu, ada MO akan attend untuk brief tentang prosedur. MO akan terangkan kesan dan peratus terjadinya kesan tersebut. Semua prosedur ada kesan ya kawan-kawan. Tak kira awak buat prosedur di hospital kerajaan atau swasta.
Masa briefing tu MO terangkan masa mula-mula nak masukkan kamera tak boleh diberi ubat tidur sebab peranan pesakit diperlukan untuk `menelan` kamera ittew. Seram tak? Hakak seram masa dengar tu dikkk. Hahahaha. Kemudian, kalau kita kata nak ubat tidur, akan ada HO akan insert line. Siapa yang tak suka kena cucuk, tak payahlah request ubat tidur.
Bila masuk bilik prosedur, kakchah terus diminta baring atas katil. Ehh cuak! Kemudian Surgeon (ya, prosedur di Hospital Putrajaya dijalankan oleh Surgeon) buat intriduction agitahu yang dia nak buat scoping. Semuanya sangat pantas. Kau tak sempat nak teragak-agak eh eh kejap doktor. gittew!
Kakchah diminta untuk bering mengiring, gigit penahan mulut dan tiba-tiba tiub dimasukkan. Time mengiring tu terus mata nampak tiub yang dia nak masukkan. Terus cepat-cepat kalih mata. Tak boleh tengok, nanti cuak jadi menebal sangat.
inilah rupa tiub kamera scope
Dalam masa yang sama, ubat tidur dalam proses dimasukkan "saya masukkan ubat tidur, kalau mengantuk, tidur je ye" suppp terasa air masuk lalu line tu. Ada rasa mamai, ada rasa macam nak lelap, tapi haku tak tidur langsung! Hanginnya! Hahahaha.
Entah apa je dia orang buat, dah selesai. Kakchah sedar ada bunyi macam tak selesa dari tekak dan perut tapi tak pasti apa. Bacaan dari blog sebelum-sebelum ni dia orang kata tak selesa, nak termuntah, terseksa. For me it was just okay pulak. Pelik dunia ini kan?
Keluar dari bilik prosedur ditolak atas katil, diberi makanan dan minuman. Dia orang akan pastikan kita makan baru proceed untuk discaj. Sebab takut ada problem dekat tekak ke luka ke apa kan. Masa ni haku nyesal pilih makaroni. Nak makan takut! Hahaha.
But alhamdulillah I manage to eat the macaroni habis! Lapar woih dah puasa lebih 12 jam. Feeling puasa dekat Europe pulak hah.
So overall scope ni tak menakutkan, tak menyakitkan dan okay saja. Kalau ada anda baca kata sakit, itu mungkin bergantung pada hospital kot. Saya pun tak pasti. So sesiapa yang nak buat, jangan takut. You better proceed for the procedure.
Sementara tu jangan lupa untuk jaga diet. Makan dengan betul. Makan makanan berkhasiat. Kurangkan makanan berminyak, berlemak, pedas dan kurangkan kafein. Mana-mana makanan yang anda dinasihatkan untuk elak sebab faktor `angin`, bagus juga untuk dielakkan.
Saya doakan urusan scoping anda dipermudahkan okay!
Salam. Kakchah, brapa payment endoscope di hosp putrajaya?
ReplyDeleteSaya dapat ref letter dr klinik kesihatan utk ke hosp serdang utk buat endoscope. Tapi sy macam prefer more putrajaya. Serdang crowded.
DeleteWaalaikumsalam. maaf shafizah, sis penjawat awam. so guna GL. Tak tahu caj perkhidmatan ni berapa. Betul, Serdang crowded. Maybe awak boleh call dulu HPJ.
DeleteTunggu lama tak untuk buat appointment endoscope kat putrajaya
DeleteKali 1 gigit bnde tu..kali 2 buat masukkn wayar @ tiub ke
ReplyDeleteBerlainan hari ke klu buat kali kedua dn cnth alat prtama gigit bende.kli kedua gune wayar dlm perut ke
Deletealat penahan mulut tu sentiasa digigit sepanjang prosedur. untuk buat mulut kita sentiasa terbuka (nganga). so mudah untuk proses masukkan tiub kamera.
Deletekalau kena buat kali kedua, doctor arrange appointment baru.
Berlainan hari ke klu buat kali kedua
ReplyDeleteSis, Sis pg buat appoinmt dulu ke sebelom hr kejadian tu?
ReplyDeletelama tak sis nak tggu hari sis kena endoskopi tu lps appoinmt?
ReplyDeleteSalam kak,akak pergi sorang atau ada orang teman?kalau gi sorang boleh tak?
ReplyDelete